Selasa, 28 Julai 2009


Hari ni 29 Julai 09, saya baru membuka blog ini and ada 2 org student sibuk je nak menengok...korang cuba teka siapa mereka itu

Selasa, 21 Julai 2009

sekolahku





2009-Ini tahun ke-4 saya mengajar di Smjk Yoke Kuan. Gambar kat sebelah ini ialah student 05-09. Ada 7 student 5d2, 5 student 5b1, 2 student 5b2, yang lain tu biasalah student melayu dari kelas 5e, and 5a. Jadi tahun ni nak pulun sikit dengan budak-budak tu, kasi cemerlang sikit subjek AI and Tasawwur....Insya Allah kalau ada usaha pasti ada kejayaan...tapi ada risau sikit dengan student 5e and 5a2..tengok macam ok, tapi kalau tahu isi hati...tak tau nak cakap...harap ada kejutan di saat-saat akhir...mereka ini saya dah tau result masa PMR 2007...mereka gagal dalam AI dapat E. sebab itu kena pulun lebih sikit kat student ni, macam-macam teknik dan cara, motivasi diberikan...masih hampas lagi..mungkin ini ujian Allah kepada hambanya...dalam mendidik anak bangsa..Ya Allah berilah kekuatan kepadaku hambamu yang tiada daya ini.


Ok...Suasana kat sekolah bulan Julai ni tenang bercampur ribut taufan and gempa bumi, kiranya cuaca tak menentu kalau siapa pernah join SMJK Yoke Kuan dia tahulah... tapi saya nak pastikan student saya ini seperti perumpamaan"ikan dilaut rasa dagingnya tidak masin walaupun ia hidup di dalam laut yang rasa airnya masin" lu pikirlah sendiri.


Akhirnya saya mempelawa mana-mana kenalan, anak-anak murid boleh join saya untuk blog ini


"berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah sekelian dan janganlah kamu berpecah-belah"


Jumapa Lagi di lain masa: