Ahad, 18 April 2010

aktiviti sekolah ku


2010 tahun yang terus dengan liku-liku perjuangan yang pastinya tidak akan selesai hinggalah seorang hamba Allah itu di jemput oleh TuhanNya ke alam lain..alam yang kekal abadi

Rabu, 18 November 2009

Sijil Pelajaran Malaysia 2009

assalamualaikum..berjumpa lagi di ruangan ini. dah lama tak tulis..bukan apa senang cakapnya...malas itu je.. alhamdulillah bulan ini Nov semua student form 5 berjuang diatas nama SPM semoga semuanya berjaya terutama subjek saya..InsyaAllah ada usaha adalah kejayaan dan setiap kemenagan itu perlu pengorbanan..semua student diharapkan teruskan perjuangan ini..jadilah orang yang berguna mampu menjadi aktivis masyarakat.Kenangan bersama anda semua memang sukar dilupakan dan anda pernah hadir dalam liputan sejarah kehidupan saya..terima kasih student 5d2, 5b1,5b2 5e,5a1,5a2 and smile student..subha from 5e...good luck. Lepas sekolah teruskan perhubungan kalau ada peluang buat Re-union...ok tu

Isnin, 28 September 2009



JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
PERSATUAN AGAMA ISLAM
SMJK YOKE KUAN, SEKINCHAN.
‘’SEMUA DIJEMPUT HADIR”
TARIKH : 3/10/2009 bersamaan 14 SYAWAL 1430H
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
TEMPAT : SURAU SEKOLAH

Bekas pelajar YokeKuan dijemput hadir.

Hubungi Ustaz Mahadi 013-3543841

Selasa, 1 September 2009

Assalamualaikum kepada semua pembaca halaman blog ini, selamat menjalini ibadahpuasa, mudah-mudahan Ramadhan tahun ini penuh dengan kerahmatan dan keberkatan. 4 sept 09 bersamaan 14 Ramadhan akan diadakan program IFTAR dan SOLAT TERAWIH, dijemput semua pelajar ting 5 hadir di surau sekolah. Percubaan SPM akan bermula minggu hadapan 8 Sept 09, di harapkan semua pelajar, anak-anak muridku tunjukkanlah pencapaian anda yang terbaik...semoga SPM yang sebenar mencapai kejayaan...akhirnya selamat berpuasa dan teruskan beribadat kepada Allah swt....sekian

Rabu, 5 Ogos 2009


Ehem333x

Assalamualaikum....

kepada pelajar smjk yoke kuan....

terutama budak fom 5....

masa bulan ramadhan t...

kita wat majlis berbuka puasa taw.....

t kite wat majlis sambutan hari raya.......

dari muiz..

Isnin, 3 Ogos 2009

yoke kuan jerebu


ni kat sekolah ni semua budak pakai topeng pasal jerebu sangat kuat dekat sini...sangat merbahaya untuk kesihatan..apa khabar semua, diharapkan anda semua sihat selalu. Thanks kepada fatimah zahrah and muiz yang dah berjaya menembusi blog saya ini. cerita bulan lepas, saya telah buat satu program pengurusan jenazah, hari jumaat 24 Julai untuk ting 3..ok le program tu..pelajar dapat melihat realiti sebenar mengenai pengurusan jenazah terutama bab mengkafakan jenazah..dan ada satu lagi cerita yang menyedihkan selang seminggu iaitu pada 30 Julai selepas 6 hari program tersebut, seorang anak murid telah pergi selamanya di jemput oleh Illahi... beliau seorang yang pendiam tetapi rajin membuat latihan dan kerja yang saya berikan, hari terakhir beliau, saya ada bersama mencurahkan ilmu tajuk pembukaan kota mekah, 2 masa..masa tu lihat arwah ini diam sahaja..tiada apa perubahan kerana saya memang tahu bahawa arwah hanya akan bercakap perkara yang perlu sahaja..itulah ketentuan Allah swt, Qada dan Qadar, arwah pergi dalam usia yang muda iaitu 15tahun..belum sempat menduduki PMR..pergi meninggalkan ayah dan ibu tercinta dan seorang adik yang istimewa, tinggal rakan yang setia dengannya.. dan saya mengenali arwah sejak awal tahun ini...petang itu saya pergi kerumah arwah..dan ramai kawan-kawan sekolah beliau juga hadir..suasana sangat sedih..jenazah beliau dikebumikan di kawasan kubur, masjid tali air 7 sg.leman...al-fatihah buat anak muridku NORHIDAYU BT AB AZIZ (4 OKT 1994-31 jULAI 2009)



INI GAMBAR MASA BUAT PENGURUSAN JENAZAH DI SURAU UNTUK SEMUA FORM 3

Selasa, 28 Julai 2009


Hari ni 29 Julai 09, saya baru membuka blog ini and ada 2 org student sibuk je nak menengok...korang cuba teka siapa mereka itu