Isnin, 3 Ogos 2009

yoke kuan jerebu


ni kat sekolah ni semua budak pakai topeng pasal jerebu sangat kuat dekat sini...sangat merbahaya untuk kesihatan..apa khabar semua, diharapkan anda semua sihat selalu. Thanks kepada fatimah zahrah and muiz yang dah berjaya menembusi blog saya ini. cerita bulan lepas, saya telah buat satu program pengurusan jenazah, hari jumaat 24 Julai untuk ting 3..ok le program tu..pelajar dapat melihat realiti sebenar mengenai pengurusan jenazah terutama bab mengkafakan jenazah..dan ada satu lagi cerita yang menyedihkan selang seminggu iaitu pada 30 Julai selepas 6 hari program tersebut, seorang anak murid telah pergi selamanya di jemput oleh Illahi... beliau seorang yang pendiam tetapi rajin membuat latihan dan kerja yang saya berikan, hari terakhir beliau, saya ada bersama mencurahkan ilmu tajuk pembukaan kota mekah, 2 masa..masa tu lihat arwah ini diam sahaja..tiada apa perubahan kerana saya memang tahu bahawa arwah hanya akan bercakap perkara yang perlu sahaja..itulah ketentuan Allah swt, Qada dan Qadar, arwah pergi dalam usia yang muda iaitu 15tahun..belum sempat menduduki PMR..pergi meninggalkan ayah dan ibu tercinta dan seorang adik yang istimewa, tinggal rakan yang setia dengannya.. dan saya mengenali arwah sejak awal tahun ini...petang itu saya pergi kerumah arwah..dan ramai kawan-kawan sekolah beliau juga hadir..suasana sangat sedih..jenazah beliau dikebumikan di kawasan kubur, masjid tali air 7 sg.leman...al-fatihah buat anak muridku NORHIDAYU BT AB AZIZ (4 OKT 1994-31 jULAI 2009)



INI GAMBAR MASA BUAT PENGURUSAN JENAZAH DI SURAU UNTUK SEMUA FORM 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan